/*

:: NAGARASFIRE ::

Image hosted by Photobucket.com

AL QURAN TODAY




PROFILES



Cairo-Egypt

MY GALLERI
Photobucket - Video and Image Hosting

Locations of visitors to this page


Free Web Page Hit Counters

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

TAG BOARD




CALENDAR


<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

MUSIC


UNDERCONSTRUCTION

BLOGGER


::AntuSabun PlayGround:: ::masterpyan's hangout:: .: fungkur's Network :. ::mizi2054:: Image hosted by Photobucket.com .:mazadi_tantascan:. ::Gonz Under Ground:: ::Izzul Blogs:: ::Al- aluury:: Photobucket - Video and Image Hosting

.:: Naz ::.
.:: Serenity ::.
.:: Taqeyabella ::.
.:: Motivasi Minda ::.
.:: Voice Of My Heart ::.
.:: Happysus Dari Sarawak ::.
.:: Pemikiran Maharaja Zhou IM ::.

EL BURHAMIAH


.:: Web Burhamiah Malaysia ::.
.:: Web Burhamiah Indonesia ::.
.:: Syamsul Hilal Al Burhamy ::.
.:: Zunnun Al Burhamy [Masjid KLIA] ::.
.:: Aziznawadi Al Burhamy ::.


" Link Blog azzuhrie "
::NagarasFire::

 


PROPERTIES


ABIM Pusat

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com


Photobucket - Video and Image Hosting


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Randomness : Looking out at the World

Friday, July 27, 2007

Goodbye..




--> http://assalamualaikum.naemy.net/ <--

kepada kengkawan, silalah lawat ke laman web saya yang baru. Thanx for ur coorporation.

Posted at 04:26 pm by azzuhrie
Comments (2)Â Â

Thursday, December 14, 2006

Sayangnya ALLAH pada kita

Assalamualaikum wbt.

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT
Allah SWT selesai menciptakan Sayidina Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Sayidina Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Sayidina Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Sayidina Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Sayidina Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Sayidina Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Sayidina Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.


Posted at 05:41 pm by azzuhrie
komplain Â

Thursday, November 09, 2006

Kisah Benar Panduan Untuk Kaum Hawa..

Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut dan terkesima bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.

Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]


Posted at 01:06 pm by azzuhrie
Comment (1)Â Â

Saturday, November 04, 2006

Allahu Akbar Min An Yu'rafa

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, LA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD...

 

Itulah takbir yang memecah kesunyian pagi menandakan hari kemenangan bagi umat Islam yang benar-benar ikhlas beribadat untuk Rabbnya. Itulah juga takbir yang menandakan berlalunya bulan yang penuh keberkatan yang akan ditangisi pemergiannya oleh mereka yang benar-benar dekat dengan Rabbnya. Bagi yang benar-benar bertakwa, mereka akan merasa sangat berat hati berpisah dengan bulan yang penuh barakah dan maghfirah ini, terlalu sekejap dirasakan. Namun, singkat panjangnya Ramadhan telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan apa yang boleh kita lakukan sebagai makhluk yang terlalu lemah ini adalah mengharapkan agar Allah menemukan lagi kita dengan Ramadhan yang akan datang. Apa yang penting ialah kita tetap istiqamah beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah, samada di bulan Ramadhan mahupun bulan-bulan berikutnya. Dan amat penting untuk kita memahami bahawa ibadah itu bukan sekadar puasa, solat, haji atau ibadah-ibadah mahdhah (ritual) lainnya, tetapi ibadah itu mencakupi semua perkara yang diwajibkan atau diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala atau dengan kata lain mematuhi segala perintah dan larangan Allah itu adalah ibadah.

 

Kalimah Takbir Yang Penuh Makna

 

Setiap tahun umat Islam akan mengumandangkan kalimah Takbir sebanyak dua kali yakni semasa Eidul Fitri dan Eidul Adhha. Inilah kalimah yang diajarkan oleh Junjungan kita kepada umatnya,

 

"Allah Maha Besar tiada terhingga, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah di pagi hari dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, yang benar segala janji-janjiNya, dan yang telah menolong hambaNya, dan yang telah memuliakan tenteraNya, dan menumpaskan tentera al-Ahzab (pasukan bersekutu musyrikin dan Yahudi) dengan keEsaanNya. Tiada tuhan melainkan Allah dan Dialah Allah yang Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagiNyalah segala pujian."

 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam yang tidak memahami maksud Takbir yang setiap tahun dilaungkan oleh mereka. Atau mungkin juga mereka memahaminya dari segi bahasa tetapi tidak menghayati maksud yang dikandung olehnya. Ucapan takbir "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) menunjukkan pengakuan kita tentang kebesaran Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ketika kita mengatakan Allahu Akbar, berarti kita telah mengecilkan perkara-perkara lain di dunia ini. Kita hanya mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala semata-mata. Harta, kekuasaan, kaum keluarga, jawatan mahupun nyawa kita sendiri menjadi kecil di mata kita tatkala kita mengucapkan dan melaungkan lafaz Allahu Akbar tersebut. Kita mesti faham bahawa bukan berarti kita menolak harta, kekuasaan, atau jawatan dan sebagainya. Apa yang perlu disedari adalah kita tidak menjadikan perkara tersebut sebagai tujuan kita dihidupkan.

 

Ucapan tahmid "Alhamdulillah. " (Segala Puji bagi Allah) menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala atas segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan kita sebagai manusia dengan sebaik-baik bentuk (fi ahsani taqwiim). Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" [TMQ At-Tin (95):4]. Tubuh kita diciptakan dengan cukup sempurna. Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan kita akal fikiran yang membuatkan kita berbeza dengan makhluk yang lain. Tidak hanya itu, Allah menciptakan alam semesta ini untuk diguna dan dimanfaatkan oleh kita sebagai manusia, tanpa Allah meminta bayaran dari kita sedikitpun. Apa yang diminta oleh Allah adalah agar kita sujud kepadaNya dengan sebenar-benar sujud. Tidak hanya itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan petunjuk kebenaran kepada kita yakni Al-Qur'an yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Dengan Al-Qur'an kita dapat membezakan mana petunjuk dan mana kesesatan, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang haq dan mana yang batil, mana yang diredhai oleh Allah dan mana yang dimurkaiNya.

 

Ucapan Tasbih "Subhanallah" (Maha Suci Allah) menunjukkan pengakuan kita akan keagungan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang telah menciptakan alam semesta ini dengan sempurnanya. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengatur perjalanan matahari dari timur ke barat secara sempurna, mengatur siang dan malam dengan sempurna, menciptakan langit dan bumi dengan keagunganNya. Perhatikanlah semua itu. Bukankah semuanya mencerminkan keagungan dan kesempurnaan Allah Subhanahu wa Ta'ala? Maha Suci Allah dari segala kekurangan.

 

Ucapan "La ilaha illa Allah" (tiada Tuhan selain Allah) merupakan syahadah (pengakuan) kita akan betapa hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala sahajalah sebagai satu-satunya Zat yang wajib dan selayaknya kita sembah tanpa boleh kita menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Kalimat ini bukan sahaja merupakan penolakan kita terhadap tuhan-tuhan selain Allah, namun ia juga merupakan penolakan kita terhadap produk-produk hukum selain hukum Allah. Hanya hukum Allahlah yang wajib kita jadikan aturan di dalam kehidupan kita, bukan yang lainnya. Kita juga mengakui bahawa segala janji Allah adalah benar. Apa sahaja yang dijanjikan oleh Allah samada di dalam Al-Qur'an atau melalui lisan NabiNya adalah suatu yang akan benar-benar terjadi.

 

Seterusnya Allah menerangkan bahawa Dia telah memuliakan tenteranya dan memberikan kejayaan ke atas mereka dengan dikalahkan tentera Ahzab dengan keEsaanNya. Jika kita menelusuri kisah Perang Ahzab, kita akan mendapati bahawa pihak kaum Muslimin telah terkepung dengan pasukan gabungan (ahzab) kafir Quraish dan Yahudi dan mereka telah nekad untuk menyerang Rasulullah dan kaum Muslimin pada esok harinya secara serentak dari beberapa penjuru. Maha Perkasa Allah yang telah menurunkan ribut pada malam itu yang telah memecah dan memporak-porandakan barisan musuh dan segala kelengkapan serta peralatan mereka. Walaupun tanpa apa-apa perlawanan dari kaum Muslimin, kaum kafir telah berjaya dikalahkan semata-mata dengan kekuatan dan pertolongan Allah yang Maha Esa.

 

Inilah di antara janji Allah kepada kaum Muslimin yakni kemenangan kepada mereka yang menolong agamaNya. Kuat mana sekalipun golongan yang menentang agama Allah, sesungguhnya amat mudah bagi Allah untuk menghapuskan mereka. Syaratnya, kaum Muslimin itu sendiri hendaklah terlebih dahulu menolong agama Allah. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" [TMQ Muhammad (47):7].

 

Wahai kaum Muslimin! Tanyalah diri kalian adakah kalian telah benar-benar menolong agama Allah? Adakah kalian telah berusaha untuk menegakkan agama Allah? Adakah kalian telah bergerak untuk berdakwah kepada umat Islam dan para pemimpin mereka yang menerapkan hukum taghut sekarang? Adakah kalian telah menyahut seruan Allah dan RasulNya dan berusaha untuk merubah hukum kufur yang ada sekarang dengan menggantikannya dengan hukum ciptaan Allah? Atau adakah kalian hanya memilih untuk mementingkan dunia dan berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi kita sekarang? Atau kalian memilih jalan yang lebih hina dan keji untuk bersama menyokong dan mempertahankan sistem kufur ini demi habuan dunia yang kalian harapkan? Sedarlah wahai kaum Muslimin! Takutlah kalian kepada Allah yang akan mengazab kalian di atas segala dosa-dosa kalian kerana tidak menolong agamaNya. Ittaqullah ya ikhwanal muslimin.... .u-sikum bi taqwallah!


Posted at 10:32 am by azzuhrie
komplain Â

Sunday, September 24, 2006

Ramadhan..



Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Tanpa   kita  sadari 

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bagian dari diri,

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa ,
bersama kita leburkan segala  kekhilafan diri  ,
Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah
Amien,

Wassalamu'alaikum


Posted at 04:38 am by azzuhrie
Comments (2)Â Â

Friday, September 15, 2006

.:: Kaori Naomi ::.

Lindungilah kesedihan dengan senyuman,
Meskipun dihatimu penuh kedukaan,
Kerana tabah menghadapi dugaan menunjukkan
kau memiliki IMAN,
BAHAGIA dalam REDHA
'Sihat' ada dalam SOLAT
Damai jiwa ada dalam
Zikrullah....

'anamalizie' menadah maaf darimu..


Posted at 04:49 am by azzuhrie
Comments (2)Â Â

Thursday, August 31, 2006

Ada...

Wahai, andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar. 

Posted at 07:49 pm by azzuhrie
komplain Â

Wednesday, August 30, 2006

10 Hadiah Utama,yang sering dilupai utk org tersayang.....

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. 

Posted at 12:02 am by azzuhrie
komplain Â

Tuesday, August 29, 2006

Sekedar Iktibar..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Ditangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya,semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.

Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. T api mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar." "

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

Posted at 12:12 am by azzuhrie
komplain Â

Monday, August 28, 2006

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari..

1. Semalam :  Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
 
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
 
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
 
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke
SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini.
 
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... .
Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. 

Posted at 12:45 am by azzuhrie
komplain Â

Next Page

 Copyright 2005 azzuhrie - nagarasfire. Inc. All rights reserved